aku adalah aku

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
Tukar warna background

Thursday, February 28, 2013

HUKUMAN GANTUNG


HUKUMAN gantung sampai mati merupakan hukuman paling berat yg boleh dijatuhkan ke atas mana2 orang perseorangan yg didapati melakukan kesalahan di bawah akta2 tertentu seperti yg telah diperuntukkan oleh undang2 negara. Hanya seseorang wanita yg sedang mengandung sahaja boleh dikecualikan dpd hukuman tersebut tetapi mahkamah boleh menggantikannya dgn hukuman penjara seumur hidup seperti yg termaktub di bawah Seksyen 275 Kanun Prosedur Jenayah (CPC). Berbalik kepada hukuman mati ini, ia bukanlah satu proses yg mudah kerana banyak prosedur dan peraturan yg perlu diikuti oleh pihak penjara sebelum dibolehkan melaksanakan hukuman yg menakutkan ini.


Untuk itu, Jabatan Penjara Malaysia telah melantik beberapa org pegawainya utk menyandang jawatan paling menggerunkan ini yg dinamakan Pegawai Tugas Khas atau 'Tukang Gantung'. Tukang gantung bukanlah satu jawatan yg diimpikan oleh mana2 pegawai jabatan ini kerana ia dilihat sebagai satu tugas yg cukup mencabar, baik dari segi fizikal mahupun spirituil. "Memang berat tugasan ini kerana kami boleh diibaratkan sebagai 'pencabut nyawa' tetapi kalau bukan kami yg buat kerja tersebut, siapa lagi?'' katanya dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Melihat pada fizikalnya sendiri ia sudah cukup menggerunkan. Dengan ketinggian hampir enam kaki dan berat mencecah 100 kilogram, pegawai penjara yg sudah berkhidmat lebih 20 tahun ini juga mempunyai raut wajah yg cukup garang. Pendek kata, melihat wajahnya sahaja boleh membuatkan banduan 'kecut perut'. Pun begitu, beliau mengakui tidak ramai warga Jabatan Penjara waima anaknya sendiri tahu yg di sebalik tugas harian sebagai pegawai penjara, beliau juga sebenarnya menjalankan tugas sebagai tukang gantung. "Isteri saya sahaja yg tahu tugas saya ini tetapi kami tidak pernah berbincang mengenainya, saya pun tak pernah bercerita dgn saudara-mara apatah lagi berborak mengenai 'kerja' itu di kedai-kedai kopi kerana tiada apa yg perlu dimegahkan dgn tugas ini. Pendek kata bila bercakap mengenai hukuman mati, semuanya automatik menjadi rahsia, org tak tahu saya tukang gantung malah saya sendiri pun tidak tahu siapa yg akan saya gantung," katanya.

Menurut pegawai yg berusia dlm lingkungan 50-an ini, beliau hanya tahu identity banduan yg akan digantungnya itu kira2 sehari sebelum hukuman tersebut dilaksanakan. Katanya, "tugas menggantung pesalah selalunya dijalankan pada hari Selasa dan Khamis iaitu di antara pukul 5 hingga 7 pagi". Sejurus sebelum menjalankan tugas tersebut, beliau terlebih dahulu secara berseorangan akan masuk ke bilik banduan yg dimaksudkan sebelum menggari tangan pesalah tersebut ke belakang. Beliau kemudian akan menyarungkan muka pesalah dengan kain hitam dan membawanya keluar dari sel akhir utk ke bilik gantung sambil dibantu beberapa wadar yg lain.

"Sebelum tugas menggantung dilakukan, saya akan mengambil ukuran berat banduan dan ketinggiannya terlebih dahulu, selalunya semakin berat seseorang banduan semakin pendek tali yg digunakan dan begitulah sebaliknya. Ini penting kerana jika salah perkiraan, ia akan mencederakan leher banduan, silap hari bulan kepala boleh putus dari badan, apa pun saya bersyukur kerana kes seperti itu tidak pernah berlaku dalam sejarah pelaksanaan hukuman mati di negara ini", katanya.

Mengenai keadaan mayat, pegawai tersebut memberitahu, selalunya muka pesalah akan bertukar kebiruan atau kehitaman selepas digantung kerana kekurangan oksigen. Ujarnya, "lidah pesalah juga akan terjelir sedikit dan leher akan mengecil hingga sekecil batang penyapu. Tetapi yg paling menggerunkan, sebaik sahaja ikatan dilonggarkan, selalunya akan kedengaran bunyi 'dengusan' dpd mulut mayat berkenaan. Bunyinya seperti ini.... eeeerrrrkkk, ia sebenarnya hasil tindak balas gas dlm badan tetapi kalau kita tak biasa, kita mungkin terkejut besar", katanya sambil ketawa.

Menurut beliau, sebelum digantung, pesalah akan diminta berdiri di atas sebuah platform. Setelah mendapat isyarat dpd pegawai atasannya, barulah beliau menarik 'gear' dan platform itu akan terbuka hingga menyebabkan tubuh pesalah jatuh ke bawah. Tidak seperti yg difikirkan oleh kebanyakan org, sebenarnya tidak ada beban seperti guni pasir atau beg yang diikat di kaki pesalah. Selalunya sebaik sahaja terjatuh ke bawah, tulang leher pesalah akan terus patah atau lari dari kedudukan hingga menyebabkan dia mati serta- merta. Setelah dibiarkan tergantung untuk seketika, mayat akan diturunkan sebelum diperiksa oleh doktor yg bertugas. Mayat pesalah juga tidak perlu menjalani proses bedah siasat seperti persepsi sesetengah pihak. Ia sekali gus menamatkan cerita-cerita 'nakal' kononnya organ pesalah akan diambil untuk dijual dan sebagainya.

"Selepas itu, mayat akan diserahkan kepada waris atau keluarga utk diuruskan pengebumiannya. Kerja2 menggantung pesalah akan dilakukan dgn cepat dan pantas tak sampai beberapa minit pun. Pada saat itu tidak ada ruang utk melakukan kesilapan, semuanya mesti cepat dan sempurna. Kami juga tidak akan bercakap2 baik sesama anggota mahupun dgn pesalah dan hanya menumpukan perhatian pd tugasan yg diberi. Matinya pesalah bermakna tugas kami pun selesai, selepas itu kami semua akan kembali menjalankan tugas hakiki masing2 dan meneruskan kehidupan seolah2 tidak ada apa2 yg berlaku," katanya.

Mengenai 'gangguan' yang diterima sepanjang menjalankan tugas ini, beliau mengakui pernah 'dikacau' namun menganggap ia adalah asam garam dlm kehidupan seseorang tukang gantung. Pernah suatu ketika dulu, katanya, ada seorang banduan akhir yg meminta utk menghisap rokok sejurus sebelum digantung. Pada awalnya beliau bersetuju utk memenuhi permintaan banduan tersebut tetapi disebabkan faktor masa dan peraturan, beliau terus menjalankan perintah gantung tanpa banyak bicara. Tiba2 suatu malam ketika saya sedang tidur, mayat lelaki yg saya gantung itu 'datang' dlm keadaan terbongkok2 di bucu katil dan mencuit2 tubuh saya. Dia kemudian meletakkan jarinya ke bibir seolah2 mahukan rokok yg saya janjikan padanya dulu, bagaimanapun dgn hormat saya memintanya pulang dan dia pun terus menghilangkan diri. Sehingga kini saya tertanya2 adakah perkara tersebut memang betul2 berlaku ataupun cuma mainan tidur semata-mata, katanya sambil tersenyum.

Selain itu, beliau mengakui selalunya akan menerima 'alamat' beberapa hari sebelum ditugaskan utk menggantung pesalah di penjara. Antaranya beliau akan rasa panas di belakang leher, berdebar2, gelisah dan tidak sedap hati. Selalunya selepas beberapa hari mengalami gangguan tersebut, beliau pasti akan dipanggil oleh ibu pejabat utk menjalankan tanggungjawabnya. Kalau diikutkan, Jabatan Penjara Malaysia boleh berbangga kerana kita di sini menjalankan tugas dgn seteliti mungkin sehingga tidak ada setitis pun darah yg keluar dari tubuh banduan yg kita gantung berbanding hukuman tembak dan kerusi elektrik yg dilakukan di penjara-penjara luar negara, ujarnya.

Mengenai tali yg digunakan utk menggantung pesalah, beliau berkata, ia merupakan tali khas yg diimport dari luar negara dan harganya mencecah ribuan ringgit. Ini kerana tali tersebut sangat berkualiti, tahan lasak serta tidak melukakan leher pesalah. Beliau yg mengakui kerap tersentuh hati ketika melaksanakan hukuman gantung menasihati orang ramai supaya menjauhi jenayah kerana ia boleh merosakkan diri sendiri, bangsa, negara dan agama. Cuma saya minta orang ramai supaya jgn menghina banduan2 akhir ini kerana mereka sekurang2nya tahu bila akan mati dan berkemungkinan sudah bertaubat, tetapi bagaimana pula dengan kita?

Terus terang saya katakan ada kalanya mayat mereka lebih sempurna dpd mayat org lain, ada mayat banduan yg saya gantung itu berbau wangi dan ada yg wajahnya berseri2 serta tersenyum seolah2 pemergian' mereka dirahmati-Nya, ujar beliau.

Sebelum meminta izin untuk berundur diri, beliau berkata kepada penulis: "Saya berharap cerita saya ini dpt memberi keinsafan dan pengajaran kpd kita semua. Ingatlah, seandainya saya sudah menarik 'gear' di bilik gantung itu, hanya keajaiban sahaja yg boleh menyelamatkan nyawa banduan tersebut dan sejarah telah membuktikan keajaiban itu tidak pernah berlaku!''
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Labels ♥