aku adalah aku

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
Tukar warna background

Sunday, April 29, 2012

dugaan 5.30 pagi

Ayah aku tiba-tiba ketuk pintu & panggil nama aku. Dia cakap nak gi hospital sebab perut dia sakit sangat, menyucuk-nyucuk. Aku dengan perasaan gelabah + mamai cepat-cepat pakai baju, ambik ape yang patot bawak ayah aku gi hospital. Keadaan sunyi sangat mase tu. Air mata aku cam paip air je keluar lepas ayah aku masok dalam wad kecemasan. First time aku tengok ayah aku menahan sakit camtu sekali. Dia macam nak nangis sebab terlampau sakit. 

Ayah kena tinggal kat hospital untuk beberapa jam. Kena buat test nak tahu ape penyakit dia. Ayah suruh aku antar adik-adik aku gi sekolah. Erk. First time nak bawak kereta sorang-sorang. Berani ke? Huhuh. Tapi sebab dah terpaksa, tak sanggop suruh adik aku jalan kaki, naik basikal, maka aku gagahkan dan beranikan diri drive sorang-sorang. Alhamdulillah, aku dapat antar adik aku dengan selamatnya. Heheh. Lega.

Nasib baik aku ade lagi kat rumah mase tu. Kalo aku takde camane la dengan ayah aku. Kene bawak kereta sendiri pegi hospital walaupun tengah sakit. Saya sayang ayah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Labels ♥