aku adalah aku

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
Tukar warna background

Monday, January 23, 2012

Tip jimat minyak kereta

1. Tinted semua cermin kereta anda ( lagi kurang cahaya masuk, lagi bagus )
- Ini menjimatkan penggunaan aircond pada kereta anda dan pada emosi anda. Sebagai contoh, penggunaan aircond pada kereta anda akan dikurangkan dan emosi anda pun kurang untuk stress, marah dan anda akan memandu dengan kelajuan yang tetap dalam 70-90km/j.

2. Kurangkan beban kereta
- Buang semua apa yang tidak patut contohnya kerusi belakang dan apa2 yang tidak patut. Tukar seat tempat duduk anda kepada seat yang lebih ringan dan tahan lasak seperti seat kereta lumba. Jadi beban pada kereta anda kurang dan tekanan minyak ketika memandu dapat dikurangkan.

3. Elakkan menggunakan gear rendah.
- Cuba elakkan pemanduan di bawah 35km/j. Dan sila bawa kereta anda dengan kelajuan yang tetap. Bukan kejap laju, kejap lambat.

4. Gantikan Air filter kereta dengan filter K&N
- Sebab filter K&N diperbuat daripada gentian kapas dimana kadar aliran udara adalah lebih tinggi daripada filter biasa yg diperbuat dari kertas dan mudah tersumbat.

5. Tingkatkan tahap kecekapan pembakaran enjin
- Kalau kereta biasa – 80% daripada campuran bahan api dibakar dgn sempurna. Sila tingkatkan ke 90% pakai high frequency converter dlm sistem spark plug seperti Stromberg ataupun pakai special magnet pada talian minyak. Pastikan spark plug dalam keadaan baik.

6. Pasang intercooler pada enjin.
- Bila suhu enjin diturunkan, power meningkat dan boleh save minyak)

7. Tumpang kereta kawan.
- Untuk penjimatan tahap optimum. Sila tumpang kereta kawan untuk ke tempat kerja setiap hari. So tak perlu beli minyak untuk kereta anda.

8. Tambah sendiri, penat dah menaip.
- Yang nih korang sendiri pandai2 la korang tambah untuk menjimatkan minyak kereta.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Labels ♥