aku adalah aku

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
Tukar warna background

Saturday, April 9, 2011

Telur Tiruan Vs Telur Asli



Ciri-ciri telur tiruan.

1. Kulit lebih berkilat berbanding telur sebenar [telur neh metalik weh.. ]

2. Permukaan kulit kasar [tak pakai pencuci muka kot]

3. Menghasilkan bunyi yang kuat apabila digoncangkan kerana kandungan air dalam bahan mentah yang digunakan [banyak air lah tue]

4. Mempunyai bau berbeza [tak pakai minyak wangi beb]

5. Putih dan kuning telur akan bercampur sebaik sahaja telur dipecahkan. [aku suspect aku pernah terbeli dan termakan telur neh. Awal tahun 2011, perak. 8 dari 10 telur yang aku beli semua bercampur kuning + putih telur. Masa tue aku fikir mungkin aku bawa motor laju-laju menyebabkan telur-telur tue terpecah kat dalam. Rupanya teori aku memang sah teori bangang]

6. Ketika di goreng, putih telur mudah merebak tanpa di sentuh [ketika masak dengan maggie pun sama weh]

7. Kulit telur tiruan lebih lutsinar apabila diletakkan di bawah cahaya terang.

8. Putih dan kuning telur sangat nipis. [neh mungkin dia cakap pasal tekstur]

9. Tiada lapisan kulit pada bahagian dalam telur tiruan.



Tahu tak kesan akibat makan telur tiruan neh?

- risiko hilang ingatan. Patutlah aku rasa sekarang aku mudah lupa. Untuk rekod korang aku makan telur hampir setiap hari. Hari yang aku tak telur ialah hari yang aku tak makan maggie. Hari yang aku tak makan maggie + telur ialah hari yang aku makan nasi atau roti.

- nyanyuk dan ganguan memori. Aku belum nyanyuk lagi buat masa sekarang. Sebab aku selalu beli telur omega. Ceh berlagak beb. Tapi ada juga beli telur tak omega tue. Walaupun bukan selalu.

- Ganguan metabolisme

- kerosakan saraf otak

- masalah hati

- penghasilan sel darah yang rendah 


Antara bahan kimia komersial dan industri yang digunakan untuk menghasilkan telur tiruan ;

- asid alginik

- gelatin [ada babi ko?]

- kalsium klorida

- kalsium karbonat



source : amenoworld
hati-hati bile makan telur...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Labels ♥