aku adalah aku

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
Tukar warna background

Sunday, April 17, 2011

23 perkara nak berjaya Dunia Akhirat


Terdapat 23 amalan harian yang perlu kalian lakukan :

1. Mewiridkan (membaca) al-Quran setiap hari dan bersungguh-sungguh melakukannya.

2. Membaca al-Quran dengan baik (sebutan dan tajwid), sanggup pula mendengar dan merenungi maksud pengertiannya.

3. Mengambil berat tentang kebersihan dalam semua perkara. Sentiasa menjaga kesihatan dengan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.

4. Bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.

5. Menunaikan dengan tepat segala kata-kata dan janji dan jangan sekali-kali kalian memungkirinya walaupun dalam keadaan paling sulit sekalipun.

6. Bersifat berani dan tahan memikul bebanan (tanggungjawab).

7. Bersikap serius dengan cara bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.

8. Bersifat pemalu, halus perasaan dan mudah terasa (peka) kepada sesuatu yang baik ataupun yang buruk.

9. Berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum dalam segala perkara dan jangan kalian melupakan kebaikan orang lain kerana marah dan janganlah kerana sayang.

10. Bersifat belas-kasihan, pemurah dan bertolak-ansur.

11. Boleh membaca dan menulis dengan baik dan sentiasa banyak mengulang-kaji subjek-subjek yang berkaitan. Seboleh-bolehnya hendaklah memiliki (perpustakaan) sendiri walaupun kecil.

12. Berhati-hati supaya dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab anda dengan penuh amanah tentang kelicinan dan kehalusan pekerjaannya.

13. Menuntut hak-hak kalian dengan cara yang baik dan menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna.

14. Menyumbangkan harta kalian untuk dakwah Islam.

15. Berusaha sedaya upaya menghidupkan adat-adat yang bercorak Islam sebaliknya mematikan adat-adat asing dalam semua lapangan hidup.

16. Sentiasa merasai diri berada di bawah pengawasan Allah SWT, mengingati hari akhirat dan bersedia untuknya, dan hendaklah mempertingkatkan perjalanan hidup ke peringkat yang lebih tinggi dalam mendapatkan keredaan Allah dengan keazaman yang kuat.

17. Melakukan dengan baik apabila bersuci (iaitu berwuduk dengan cara menyempurnakan segala syarat dan rukunnya) dan hendaklah kalian sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk.

18. Mengerjakan sembahyang dengan cara yang betul (iaitu menyempurnakan syarat dan rukun-rukunnya) dan menunaikannya pada waktu-waktunya dengan mengutamakan sembahyang berjemaah dan sembahyang di masjid seboleh yang mungkin.

19. Sentiasa berada di dalam keadaan niat berjuang kerana Allah

20. Sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan, menjauhkan diri dari dosa-dosa besar.

21. Janganlah membazirkan masa walaupun sedikit kepada perkara-perkara yang tidak memberi faedah dan hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang syubhah dan samar-samar hukumnya.

22. Bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu anda sehingga mampu mengendalikannya. Kalian mestilah menjaga penglihatan dan kuasailah keinginan naluri dengan cara mengarahkannya kepada perkara-perkara yang halal

23. Melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada fikrah perjuangan Islam terutama jika kalian disuruh berbuat demikian dengan kumpulan seperti itu.

source : syokislam

Friday, April 15, 2011

Multimedia Final Project

Hari ini adalah hari presentation final project multimedia kami. 
Kami ditugaskan untuk membuat satu website menggunakan Dreamweaver. 
Masa yang diberi berminggu-minggu, tapi aku wat dalam 1 hari je. 
Hebat tak?? Heheh.. 
Aku memang suke wat keje last-last minit ni. 
Tak tahu la kenape. 
Maybe sebab aku akan bagi sepenuh perhatian kat keje tu. 
Maybe jugak time tak cukop mase datang macam-macam idea yang maha gempak. 

Rase lega sangat sebab kene present depan En. Zaini Zabidi je.
Encek yang sangat, sangat, sangat, sangat baek.
Beruntung aku dapat lecturer cam die.
Kami present kat meja masing-masing je. 
Sebab tak cukop mase.
Cam klakor lak wat presentation pukol 7 petang.
Fuhh.. Naseb baek la takyah present kat depan orang ramai.
Penat je aku mencuakkan diri. Huhu..


Menggigil sakan aku kalo kene present depan orang ramai camnih.. hehek..

Thursday, April 14, 2011

Satu Hari Suntuk di Lab

Fuhh.. Tak penah seumor hidop aku kene wat keje lam lab sebegini lame. Dari kol 9.45 pagi sampai Maghrib baru abes. Hari ni hari yang paling stress bagi aku dalam semester 4. Baru projek microP yang kecik tu aku dah stress-stress macam nak gile. 


Ni dah stress tahap gile gaban la nih.. haha..
Penat tak ilang agi tapi kene gak bertungkus-lumus menyiapkan website sebab sok nak kene present. Padan muke aku kan. Sape soh wat keje las minit. Sebenanye taklah la last minit sangat. Cume aku gatal-gatal gi renovate balek sume skali. Hambek ko!! Tido kol 4 pagi. Tapi puas hati la sebab 70% siap. Pape pon harap-harap presentation esok ok-ok saja. (n_n)



Wednesday, April 13, 2011

Rangking Terkini IPT di Malaysia...

Senarai Top Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011.

  1. Universiti Sains Malaysia
  2. Universiti Teknologi Malaysia
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Universiti Putra Malaysia
  5. University of Malaya
  6. Universiti Malaysia Perlis
  7. Multimedia University
  8. Universiti Teknologi Mara
  9. Universiti Malaysia Pahang
  10. International Islamic University of Malaysia
  11. Universiti Utara Malaysia
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  13. Universiti Tenaga Nasional
  14. Universiti Malaysia Sabah
  15. Open University Malaysia
  16. University of Nottingham Malaysia
  17. Universiti Teknologi Petronas
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  20. Taylor’s University College
  21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  22. Universiti Tunku Abdul Rahman
  23. Universiti Malaysia Terengganu
  24. Universiti Malaysia Sarawak
  25. Universiti Tun Abdul Razak
  26. Monash University Malaysia
  27. Universiti Industri Selangor
  28. Wawasan Open University
  29. UCSI University
  30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  31. Asia Pacific Institute of Information Technology
  32. International Medical University
  33. Help University College
  34. Tunku Abdul Rahman College
  35. Al Madinah International University
  36. Universiti Kuala Lumpur
  37. National Defence University of Malaysia
  38. Segi College
  39. Universiti Sultan Zainal Abidin
  40. Universiti Malaysia Kelantan
  41. Limkokwing University of Creative Technology
  42. KDU College
  43. Selangor International Islamic University College
  44. Sunway University College
  45. Malaysia Theological Seminary
  46. Malaysia University of Science & Technology
  47. Olympia College Malaysia
  48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  49. Malaysian Institute of Management
  50. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
  51. INSANIAH University College
  52. Taman Pertanian University
  53. Kuala Lumpur Infrastructure University College
  54. International Centre for Education in Islamic Finance
  55. Majlis Peperiksaan Malaysia
  56. Cyberjaya University College of Medical Sciences
  57. Disted-Stamford College
  58. Berjaya University College of Hospitality
  59. Asia e University
  60. KBU International College
  61. New INTI College
  62. TATI University College
  63. Nilai International College
  64. Asia Pacific University College of Technology & Innovation
  65. AIMST University
INFO: The ranking main factors are Size, Visibility, Research papers and scholars.
UiTM DIHATIKU NO 8.. yey..  ♥♥
source : taufiqhafiidh

Tuesday, April 12, 2011

Video Third Language Level 1

Akhirnya video ni berjaye disiapkan on time. Harap-harap encek sensei berpuas hati dan bagi markah tinggi kat kitorang. Heheh.. 
Terime kasih diucapkan kepade ahli kumpulan kerana memberi kejesame dalam proses menyiapkan video ini.


p/s : penat jugak rupenye jadi seorang pelakon. huu..

Monday, April 11, 2011

Listening Test 2 + Submit Video Jepun

Hari ni ade Listening Test 2. 
Aku cam takleh jawab sangat la tadi. 
Kompius. 
Tapi takpe la.
Malas dah nak pikir.
Hari ni jugak kene submit video Jepun.
Bleh tahan la si jejake berdua itu mengedit. 
Tak taw la brape markah encek sensei tu bagi. 
Harap-harap dapat markah banyak.
Huhu..

Sunday, April 10, 2011

kuceng saye ilang.. Itam Puteh balek la.. sobs..

Petang tadi tibe-tibe adik aku, izah mesej. Die cakap mama-cat ngan anak die si itam puteh ilang. Aku cam tak pecaye. Patot la hati aku rase tak sedap je. Rase nak 3G nak tengok die. Rupe-rupenye ade bende burok yang jadi.

Tetibe mama-cat muncul. Lega sket hati aku. Aku dah stat nanges-nanges dah. Senang tol air mate aku tumpah. Aku sayang sangat kat die. Tapi si kecik tu tak balik-balik lagi. Siannye kat die. Mane die pegi. Mesti die ketakotan. Mesti die kelaparan. Ade orang buang die ke?? Mentang-mentang la family aku takde kat rumah, amek kesempatan nak buang. Tapi tak nak la tuduh yang bukan-bukan. Kalo dah takdir die nak ilang takpe lah. Aku terime je. Aku harap die tak ape-ape. 

Semoga si Itam Puteh baek-baek aje....


Saturday, April 9, 2011

Telur Tiruan Vs Telur Asli



Ciri-ciri telur tiruan.

1. Kulit lebih berkilat berbanding telur sebenar [telur neh metalik weh.. ]

2. Permukaan kulit kasar [tak pakai pencuci muka kot]

3. Menghasilkan bunyi yang kuat apabila digoncangkan kerana kandungan air dalam bahan mentah yang digunakan [banyak air lah tue]

4. Mempunyai bau berbeza [tak pakai minyak wangi beb]

5. Putih dan kuning telur akan bercampur sebaik sahaja telur dipecahkan. [aku suspect aku pernah terbeli dan termakan telur neh. Awal tahun 2011, perak. 8 dari 10 telur yang aku beli semua bercampur kuning + putih telur. Masa tue aku fikir mungkin aku bawa motor laju-laju menyebabkan telur-telur tue terpecah kat dalam. Rupanya teori aku memang sah teori bangang]

6. Ketika di goreng, putih telur mudah merebak tanpa di sentuh [ketika masak dengan maggie pun sama weh]

7. Kulit telur tiruan lebih lutsinar apabila diletakkan di bawah cahaya terang.

8. Putih dan kuning telur sangat nipis. [neh mungkin dia cakap pasal tekstur]

9. Tiada lapisan kulit pada bahagian dalam telur tiruan.



Tahu tak kesan akibat makan telur tiruan neh?

- risiko hilang ingatan. Patutlah aku rasa sekarang aku mudah lupa. Untuk rekod korang aku makan telur hampir setiap hari. Hari yang aku tak telur ialah hari yang aku tak makan maggie. Hari yang aku tak makan maggie + telur ialah hari yang aku makan nasi atau roti.

- nyanyuk dan ganguan memori. Aku belum nyanyuk lagi buat masa sekarang. Sebab aku selalu beli telur omega. Ceh berlagak beb. Tapi ada juga beli telur tak omega tue. Walaupun bukan selalu.

- Ganguan metabolisme

- kerosakan saraf otak

- masalah hati

- penghasilan sel darah yang rendah 


Antara bahan kimia komersial dan industri yang digunakan untuk menghasilkan telur tiruan ;

- asid alginik

- gelatin [ada babi ko?]

- kalsium klorida

- kalsium karbonat



source : amenoworld
hati-hati bile makan telur...

Petua TIDUR Rasulullah s.a.w.


1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu, dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah - Subhanallah 33 kali,  Alhamdulillah 33 kali Allahuakbar 33 kali.

4. Baca 4 Qul (An-Nas, Al-Falaq, Al-Ikhlas, Al-Kafiruun) tiup ke tapak tangan dan sapu ke seluruh badan untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia. Kemudian baca Bismillahirrahmanirrahim 21 kali. Barangsiapa membaca Bismillahirrahmanirrahim sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6. Ambil wudhu’ sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7. Maafkan semua kesalahan manusia pada kita, dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi.

souce : 

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??


Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.
  
Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang .....

source : facebook

Friday, April 8, 2011

Pantas!!!

Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).

Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata, "Saya ada satu soalan yang mungkin memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan diterima untuk bekerja di sini"

Soalannya adalah: "Apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali?", tanya CEO tersebut.

Calon pertama berkata,"FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari""Bagus, satu jawapan yang baik", kata CEO tadi.

"Kamu pula?", tanya nya kepada calon kedua."KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip", jawab calon kedua."Satu jawapan yang sangat baik, lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan", kata CEO itu.

"Bagaimana kamu pula?", tanya CEO kepada calon ketiga."Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN LAMPU adalah paling pantas,jawab calon ketiga."Jawapan yang terhebat setakat ni.

Bagaimana pula dengan kamu?"CEO terus mengusulkan soalan kepada calon keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.

"Setelah diteliti jawapan calon-calon sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah CIRIT-BIRIT", jawab calon keempat dengan yakin sekali."Haaa...???? CIRIT-BIRIT ???? Kamu ni tak serius langsung, macamana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni?", CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.

"Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar dah......... .....

"Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan... ........

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Labels ♥