aku adalah aku

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
Tukar warna background

Friday, December 9, 2011

Hari ni hari ape?

Hari ni 9hb Disember 2011. Hari ni hari jumaat. Eh, hari ni birthday aku la. Hehe. Dah 21 tahon dah umur aku. Tapi aku tetap rase cam budak kecik lagi. Tenkiu ye kat sume yang wish birthday aku. Terharu. Isk~ Adik aku siap anta MMS lagi wish birthday. Haha.


Macam2 benda yang jadi hari ni.


- Oral Test 2 Bahasa Jepun. Bace 9 ayat kat depan sensei. Pastu jawab 2 soalan. Fuhh, neves bukan maen lagi nak wat oral tu. Lepas abes oral rase lega sangat. Pasni sambung projek video plak. Nak shooting bile, aku pon tataw.

- Beli barang Robotic. Projek sem yang banyak habeskan duet aku. Nak wat kete kecik sebijik je. Tapi kos sampai beratus. Hari ni pergi beli perspek & skru with emi & yin kat kedai hardware Seksyen 7. Dah beli, kitorang terus pergi lab robotik, potong2 perspek.

- Hari ni Pok Din, adik ayah aku singgah rumah jap. Die nak balek klate. Nak berholiday. Tak dapat jumpe due orang budak chomel, si Kaseh dan Husna. Jadi, izah MMS je la gambar budak 2 orang tu.

Due orang budak kecik yang banyak cakap. Kaseh(baju merah) & Husna (baju hijau).
  - Waa. Family aku gi makan KFC. Ayah aku siap antar MMS lagi. Takpe la. Nanti aku gi beli KFC. Makan sorang-sorang je.


Sedeh jugak sebab tak dapat sambut birthday kat rumah tahon ni. Tapi takpe. Yang penting aku dapat makan 2 slices kek secret recipe. Bes sangat. ^^

Wednesday, December 7, 2011

Yin-san to jogingu o shimasu.

Pergi jogging ngan Yin kat Tasik Seksyen 7. First time jogging pagi-pagi kat sane. Sape yang nak tahu camane rupe tasek tu boleh la tengok gamba kat bawah ni.








Monday, December 5, 2011

Manjenye die..


Jumpe kucing ni kat bus stop kat DC. Die manje sangat. Siap tido atas riba aku lagi. Bes je tengok die tido. Jage diri baek ye budak kecik.

P/s : rindu kat 7 ekor kucing kat rumah tu.. hurmm~

Arghhh!! Siyes nak kasot ni...


Aku nak sangat-sangat kasot ni. Tapi tak tau cane nak beli. Uhuk-uhuk. :(




Ni pon chantek. Tapi tinggi sangat. Heheh.



Cane-cane pon aku nak beli gak kasot ni. Siyes nak.


Sunday, December 4, 2011

enjoy-enjoy bersama mereka..

Dah lame aku tak berenjoy sakan. So hari ni aku berjalan-jalan, merayau-rayau bersame emi & yin. Sementare tunggu emi sampai, aku ngan yin nak isi perot dulu. Sory la emi, kitorang makan dulu. heheh.. First time aku gi breakfast kat mcD. Berlagak kaye la aku nih. Tapi bes sangat kopi die. Nak lagi.. Nak lagi.. 

Pas makan mcD, aku beli egg tart ngan donut plak. Haish. Makan je aku ni kan. Nak kurus tapi makan tak nak kurang. 

Bile dah kenyang-kenyang, gerak gi maen bowling. Maen 3 game berturut-turut. Bengkak jari aku dok baling bola. Huhuh. Tapi bes sangat main bowling. Ade orang cakap membazir duet je main bowling ni. Tapi bagi aku ape salahnye main skali skaler. Daripade tak penah try langsong kan?

Dah penat ber'exercise' kat atas PAS, kitorang ber'excercise' kat level bawah plak. Beli-belah sikit. Aku beli shelai t-shirt je. Kemain lagi wat kua duet bebanyak. Tak jumpe plak baju yang aku suke. Then. makan-makan lagi. Bes jugak nasi goreng daging merah tu.

Nak balek dah. Tibe-tibe nampak Neelofa yang tengah HOT tu. Ade promosi filem AZURA. Ade afdlin shauki, ade dj tuah & beberape lagi yang aku tak berape nak kenal. Ambek gambar banyak-banyak. Nak tunjuk kat pemeli. Hee. 





Aku sangat seronok hari ni dapat dating ngan YIN dan EMI. Laen kali kite jalan-jalan lagi ye.

Thursday, November 17, 2011

Kenape Kau Gedik Sangat?


Aku tak paham ngan perangai satu makhluk ni. Tergedik lebeh-lebeh plak. Tak taw la pe punce yang wat die gedik sangat. Jangan gedik melampau sangat sampai aku terkene penyakit muntah darah. Lagi kau gedik lagi menyampah aku tengok kau. Sory, aku tak nak kawan dengan orang gedik-gedik ni. Nanti aku plak tergedik same. Chow~

p/s : banyak plak aku gune perkataan gedik. Haha.

Tuesday, November 15, 2011

Kenape Aku Single?


Sape kat dunie ni nak single memanjang? Mesti la semua org nak ade pasangan masing-masing. Aku pon nak, tapi skarang ni lek lu la. Aku plan nak melalui fasa kapel-berkapel ni mase dah bekerje nanti. Why? Sebab nanti senang aku nak belanje die, die belanje aku. Masing-masing dah ade duet sendiri. Lagipon kalo ade pakwe time belajo susah nak fokus dalam klas. Asek teringat-ingat je kan.

Aku tak cukup duet nak berkapel sekarang. Ade pakwe nanti nak kene topup banyak2, nak call2, nak makan2. Uih, banyak nak kene pakai duet. Hidop aku  harap kat duet ptptn je. Tu pon terpakse korbankan kat family sebab skarang ade krisis kewangan yang melampau. Tapi takpe la aku korbankan untuk family daripade abeskan duet untuk ‘pasangan’  yang belum tentu akan jadi ahli keluarge kite nanti.

Aku tak kuat untuk bercintan. Pasal aku ni jenis yang sensitip bangat. Cepat terase hati. Mesti orang nyampah dengan perangai aku. Mak Bapak aku pon nyampah kat aku gak kekadang. Hahah. Kalo dah ade pakwe mesti la rindu2. Rase cam nak terkeluar jantong menahan rindu. Aku dah rase perasaan tu dulu. Saket sangat. Pastu akan ade la kan penyakit mandi tak basah, makan tak kenyang, tido tak brape nak lena tu. Aku belum sanggop lagi nak kena penyakit-penyakit bahaya tu. Ngee.

Aku malas nak buang masa bercintan-cintan lelama. Takot nanti cintan lame-lame tapi takde jodoh ngan orang tu. Hati aku jugak yang saket.  One day, bile aku dah jumpe orang yang betol-betol aku suke, nak kawen je terus. Kalau line clear kawen je la. Tunggu lame-lame nanti lagi banyak masalah problem yang kene hadap. Cam dalam TV tu. Heheh.

Tak tahu la bile aku akan jumpe ‘bakal laki aku’ tu. Tunggu je detik dan waktu itu tiba. Bile aku dah jumpe calon tu, akan aku layan die sebaik-baiknye. Tapi dengan syarat die pon layan aku dengan baik la. Heheh. Sayang kat pakwe biarlah 50 peratus je. 50 peratus lagi sayang tu bagi selepas pakwe itu bergelar suami. Chewah. K la. Chow~

Wednesday, October 19, 2011

Sunway Ice Skating

Dah 2 tahon  lebeh aku dok shah alam. Tapi ni baru first time aku try gi maen ice skating. Bes gile la ber-iceskating. Main skali mesti pastu rase nak maen lagi. K la. Malas nak cite panjang-panjang. Jom layan gambo.
















Friday, September 30, 2011


Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'.


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya.

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah.

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!"

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka.

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang.

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!"

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan.

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana.

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak.

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi.

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!"

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).





Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.


Sebuah kisah benar menyayat hati yang melambangkan kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.

Sunday, April 17, 2011

23 perkara nak berjaya Dunia Akhirat


Terdapat 23 amalan harian yang perlu kalian lakukan :

1. Mewiridkan (membaca) al-Quran setiap hari dan bersungguh-sungguh melakukannya.

2. Membaca al-Quran dengan baik (sebutan dan tajwid), sanggup pula mendengar dan merenungi maksud pengertiannya.

3. Mengambil berat tentang kebersihan dalam semua perkara. Sentiasa menjaga kesihatan dengan membuat pemeriksaan dari semasa ke semasa.

4. Bercakap benar dan jangan sekali-kali berdusta.

5. Menunaikan dengan tepat segala kata-kata dan janji dan jangan sekali-kali kalian memungkirinya walaupun dalam keadaan paling sulit sekalipun.

6. Bersifat berani dan tahan memikul bebanan (tanggungjawab).

7. Bersikap serius dengan cara bersungguh-sungguh dalam sesuatu perkara.

8. Bersifat pemalu, halus perasaan dan mudah terasa (peka) kepada sesuatu yang baik ataupun yang buruk.

9. Berlaku adil dan benar dalam menjalankan sesuatu hukum dalam segala perkara dan jangan kalian melupakan kebaikan orang lain kerana marah dan janganlah kerana sayang.

10. Bersifat belas-kasihan, pemurah dan bertolak-ansur.

11. Boleh membaca dan menulis dengan baik dan sentiasa banyak mengulang-kaji subjek-subjek yang berkaitan. Seboleh-bolehnya hendaklah memiliki (perpustakaan) sendiri walaupun kecil.

12. Berhati-hati supaya dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab anda dengan penuh amanah tentang kelicinan dan kehalusan pekerjaannya.

13. Menuntut hak-hak kalian dengan cara yang baik dan menunaikan hak-hak orang lain dengan sempurna.

14. Menyumbangkan harta kalian untuk dakwah Islam.

15. Berusaha sedaya upaya menghidupkan adat-adat yang bercorak Islam sebaliknya mematikan adat-adat asing dalam semua lapangan hidup.

16. Sentiasa merasai diri berada di bawah pengawasan Allah SWT, mengingati hari akhirat dan bersedia untuknya, dan hendaklah mempertingkatkan perjalanan hidup ke peringkat yang lebih tinggi dalam mendapatkan keredaan Allah dengan keazaman yang kuat.

17. Melakukan dengan baik apabila bersuci (iaitu berwuduk dengan cara menyempurnakan segala syarat dan rukunnya) dan hendaklah kalian sentiasa berada di dalam keadaan berwuduk.

18. Mengerjakan sembahyang dengan cara yang betul (iaitu menyempurnakan syarat dan rukun-rukunnya) dan menunaikannya pada waktu-waktunya dengan mengutamakan sembahyang berjemaah dan sembahyang di masjid seboleh yang mungkin.

19. Sentiasa berada di dalam keadaan niat berjuang kerana Allah

20. Sentiasa memperbaharui taubat dan memohon keampunan, menjauhkan diri dari dosa-dosa besar.

21. Janganlah membazirkan masa walaupun sedikit kepada perkara-perkara yang tidak memberi faedah dan hendaklah menjauhkan diri dari perkara-perkara yang syubhah dan samar-samar hukumnya.

22. Bersungguh-sungguh melawan hawa nafsu anda sehingga mampu mengendalikannya. Kalian mestilah menjaga penglihatan dan kuasailah keinginan naluri dengan cara mengarahkannya kepada perkara-perkara yang halal

23. Melepaskan diri daripada berhubung dengan sebarang badan atau kumpulan yang tidak memberi faedah kepada fikrah perjuangan Islam terutama jika kalian disuruh berbuat demikian dengan kumpulan seperti itu.

source : syokislam

Friday, April 15, 2011

Multimedia Final Project

Hari ini adalah hari presentation final project multimedia kami. 
Kami ditugaskan untuk membuat satu website menggunakan Dreamweaver. 
Masa yang diberi berminggu-minggu, tapi aku wat dalam 1 hari je. 
Hebat tak?? Heheh.. 
Aku memang suke wat keje last-last minit ni. 
Tak tahu la kenape. 
Maybe sebab aku akan bagi sepenuh perhatian kat keje tu. 
Maybe jugak time tak cukop mase datang macam-macam idea yang maha gempak. 

Rase lega sangat sebab kene present depan En. Zaini Zabidi je.
Encek yang sangat, sangat, sangat, sangat baek.
Beruntung aku dapat lecturer cam die.
Kami present kat meja masing-masing je. 
Sebab tak cukop mase.
Cam klakor lak wat presentation pukol 7 petang.
Fuhh.. Naseb baek la takyah present kat depan orang ramai.
Penat je aku mencuakkan diri. Huhu..


Menggigil sakan aku kalo kene present depan orang ramai camnih.. hehek..

Thursday, April 14, 2011

Satu Hari Suntuk di Lab

Fuhh.. Tak penah seumor hidop aku kene wat keje lam lab sebegini lame. Dari kol 9.45 pagi sampai Maghrib baru abes. Hari ni hari yang paling stress bagi aku dalam semester 4. Baru projek microP yang kecik tu aku dah stress-stress macam nak gile. 


Ni dah stress tahap gile gaban la nih.. haha..
Penat tak ilang agi tapi kene gak bertungkus-lumus menyiapkan website sebab sok nak kene present. Padan muke aku kan. Sape soh wat keje las minit. Sebenanye taklah la last minit sangat. Cume aku gatal-gatal gi renovate balek sume skali. Hambek ko!! Tido kol 4 pagi. Tapi puas hati la sebab 70% siap. Pape pon harap-harap presentation esok ok-ok saja. (n_n)



Wednesday, April 13, 2011

Rangking Terkini IPT di Malaysia...

Senarai Top Ranking Universiti Terbaik di Malaysia bagi tahun 2011.

  1. Universiti Sains Malaysia
  2. Universiti Teknologi Malaysia
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Universiti Putra Malaysia
  5. University of Malaya
  6. Universiti Malaysia Perlis
  7. Multimedia University
  8. Universiti Teknologi Mara
  9. Universiti Malaysia Pahang
  10. International Islamic University of Malaysia
  11. Universiti Utara Malaysia
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  13. Universiti Tenaga Nasional
  14. Universiti Malaysia Sabah
  15. Open University Malaysia
  16. University of Nottingham Malaysia
  17. Universiti Teknologi Petronas
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  20. Taylor’s University College
  21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  22. Universiti Tunku Abdul Rahman
  23. Universiti Malaysia Terengganu
  24. Universiti Malaysia Sarawak
  25. Universiti Tun Abdul Razak
  26. Monash University Malaysia
  27. Universiti Industri Selangor
  28. Wawasan Open University
  29. UCSI University
  30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  31. Asia Pacific Institute of Information Technology
  32. International Medical University
  33. Help University College
  34. Tunku Abdul Rahman College
  35. Al Madinah International University
  36. Universiti Kuala Lumpur
  37. National Defence University of Malaysia
  38. Segi College
  39. Universiti Sultan Zainal Abidin
  40. Universiti Malaysia Kelantan
  41. Limkokwing University of Creative Technology
  42. KDU College
  43. Selangor International Islamic University College
  44. Sunway University College
  45. Malaysia Theological Seminary
  46. Malaysia University of Science & Technology
  47. Olympia College Malaysia
  48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  49. Malaysian Institute of Management
  50. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
  51. INSANIAH University College
  52. Taman Pertanian University
  53. Kuala Lumpur Infrastructure University College
  54. International Centre for Education in Islamic Finance
  55. Majlis Peperiksaan Malaysia
  56. Cyberjaya University College of Medical Sciences
  57. Disted-Stamford College
  58. Berjaya University College of Hospitality
  59. Asia e University
  60. KBU International College
  61. New INTI College
  62. TATI University College
  63. Nilai International College
  64. Asia Pacific University College of Technology & Innovation
  65. AIMST University
INFO: The ranking main factors are Size, Visibility, Research papers and scholars.
UiTM DIHATIKU NO 8.. yey..  ♥♥
source : taufiqhafiidh
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

♥ Labels ♥